MASJID SUNGAI KOYAN ( Felda Sungai Koyan)

Masjid Sungai Koyan merupakan masjid yang terletak di daerah Kuala Lipis Pahang. Kedudukannya amat mudah untuk dilihat kerana berada di tepi jalan utama samada dari Raub atau dari Kuala Lipis.

Hanya 1 jam 30 minit sahaja dari masjid ini ke Tanah Rata Cameron Highlands. Kebanyakkan yang singgah solat di sini adalah yang datang dari sebelah Pahang, Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan lain-lain. Ada juga segelintir kecil yang datang ke sini adalah dari Kelantan dan Terengganu. Ini kerana bagi mereka jalan ini lebih selesa berbanding dengan jalan Gua Musang-Lojing yang walaupun jaraknya agak jauh sedikit berbanding Jalan Lojing.

Masjid ini sangat luas di mana boleh menampung hampir 2000 jemaah solat jumaat. Kawasan yang luas memudahkan pengunjung untuk meletakkan kenderaan, berehat dan berkumpul. Sementelahan juga jika datang secara rombongan dengan menaiki bas.

Di kawasan ini juga terdapat stesen minyak Petron dan Petronas. Terdapat juga mesin Atm iaitu di setesen Minyak Petronas yang menghala ke Kuala Medang.

Walau bagaimanapun, harga barang-barang di sini dikatakan berbeza dengan tempat lain. Mungkin disebabkan jauh dari bandar utama menjadikan harganya mahal sedikit. Jika ingin menjamu selera di sini carilah kedai yang bersih dan selesa. Ini kerana ada restoran dekat sini yang kurang bersih.

Selain itu, masjid ini juga dikatakan mengambil masa yang agak lama untuk siap. Sehinggakan  bertukar kontraktor mencecah 10 kali.

Semoga info ini memberi sedikit maklumat kepada anda. Selamat bercuti..

Comments